Wednesday, February 16, 2011

da truth of me...


Aku tidak kuat.
Aku tidak gagah.
Aku acap rebah
Aku sering kalah.
Hanya kerana masih ada nyawa,
aku terus hidup.
Walau payah dan hati punah,
Aku terus melangkah.
Di lautan duka ini aku berenang
mencari ruang untuk berhenti lelah
Yang ku temui hanya lorong2 sepi.
Haruskah aku menjadi penunggu mati.
Sedang mati belum menjanjikan bahagia.
Hidup bagaikan mati.
Bahagia tidak ada.
Aku tidak kuat
Aku tidak gagah.
Aku acap rebah
Aku sering kalah.

No comments:

Post a Comment